top of page

 

Empat tips mudah ubah gaya 

hidup lebih sihat

Sumber: Cikgu Azizah

photo6246523233721494976.jpg

Dalam usaha untuk kekal sihat sehingga ke hari tua sangat memerlukan disiplin diri yang tinggi dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat. Pengaruh media massa sekarang lebih menjadikan kita lalai dengan kerja dan gadjet hingga tiada masa untuk melakukan aktiviti bersenam. Pernahkah anda terfikir mengapa kita perlu ubah gaya hidup yang lebih sihat? Ikuti cerita dan tips dari SiHAT yang dikongsikan oleh Pelatih Aerobik Bertauliah, Azizah Othman (Cikgu Azizah), mengenai kelebihan dan manfaat dalam mengubah gaya hidup lebih sihat! Gaya-gaya hidup sihat merangkumi pelbagai faktor dari segi fizikal dan mental setiap individu. Disebabkan itu, pelbagai artikel telah dikongsi di laman sesawang SiHAT untuk menunjukkan bahawa perkara ini perlu diubah segera. Dalam pada itu, terdapat beberapa tips kesihatan mengenai gaya hidup sihat yang dicadangkan oleh Cikgu Azizah untuk pembaca SiHAT edisi pertama.

 

Tips 1: Minum air secukupnya

Kandungan air dalam badan sangatlah penting untuk memastikan badan kita kekal sihat Badan perlu menggunakan air yang secukupnya untuk menjalankan fungsinya dengan betul seperti berfungsi untuk angkut nutrien, angkut oksigen dan juga buang bahan kumuh dari badan. Badan kita akan mengalami kehilangan air setiap hari melalui aktiviti seperti membuang air kecil, air besar, berpeluh dan juga pernafasan. Haa…Oleh itu, penting untuk kita minum air bagi menggantikan jumlah air yang telah hilang! Sebelum ke Tips 2, SiHAT nak ajak anda minum air dulu…. Ayuh! Mulakan perubahan untuk lebih sihat

 

Tips 2: Tidur yang secukupnya.

Adakah anda tahu yang wajah anda akan kelihatan lebih tua dari umur sebenar jika anda tidak cukup tidur! (Haa…tak nak kelihatan cepat tua, jaga pola tidur anda!) Tidur yang cukup mengikut tempoh masa yang sesuai melindungi kesihatan mental, fizikal, kualiti hidup dan juga keselamatan anda. Menurut Cikgu Azizah, tidur membolehkan otak kita menyusun semula segala infomasi bagi kegunaan dan ingatan anda untuk hari yang seterusnya. Maknanya, anda tak mudah lupa! Bagi golongan kanak-kanan dan remaja adalah penting untuk dapatkan tidur yang secukupnya bagi membantu proses tumbesaran. (Bagi golongan ibu bapa, jangan terus dimarah anak anda jika hobi mereka tidur, mungkin itu strategi mereka untuk cepat besar!) Cikgu Azizah sering ingatkan kita tentang pentingnya mendapatkan tidur yang cukup kerana membantu dalam proses penyembuhan jantung dan salur darah dlam badan kita. Sebab itulah risiko penyakit jantung, buah pinggang, strok dan diabetes sering dikaitkan dengan tidur yang tidak cukup.

 

Tips 3: Bersenam

Dalam aspek bersenam, Cikgu Azizah sering ingatkan pada kita untuk memilih bentuk senaman yang sesuai dengan diri. (Jangan sampai memudaratkan kesihatan dan diri!) Aktiviti bersenam memberikan faedah yang banyak pada diri! Nak umur panjang? Jauh dari masalah penyakit berisiko? Tulang lebih kuat? Dan paling menariknya, aktiviti bersenam membantu menurunkan berat badan. (Yes! Anda boleh jadi kurus!)

 

Tips 4: Jaga pola pemakanan

Anda tahu tentang piramid makanan? Tahu rentang kelas makanan dengan betul? (Haa…bagi yang masih mencari pola pemakanan yang betul, sentiasa rujuk pada piramid makanan agar anda tahu jumlah kandungan bagi setiap protin, karbohidrat, lemak, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijian yang perlu dalam badan anda!) Pesan Cikgu Azizah, makan secara sihat dan betul akan membantu proses penghadaman dan menurunkan berat badan. Mesti seronok kalau dapat turunkan berat badan!

WhatsApp Image 2020-11-03 at 12.25.50 (5

Penulis:

Alwani Zafirah

bottom of page