top of page

Badan cergas, hidup bahagia

Sumber: Ershyad Khan, Pelatih Peribadi CHi Fitness

DSC_0084_edited.jpg

Kebergantungan kita yang berlebihan terhadap teknologi telah menjadikan kita menjalani cara hidup yang tidak aktif secara praktikal di tempat kerja dan kediaman. Dengan jadual waktu kerja yang ketat serta pengaturan yang tidak terhad, ia adalah susah untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Walau bagaimanapun, pakar kesejahteraan menyarankan senaman sebagai perkara yang mustahak untuk kehidupan yang panjang, sihat dan bebas daripada jangkitan dan penyakit.


Aktiviti senaman tidak hanya akan menguatkan otot, malah juga mempunyai pelbagai kelebihan. Aktiviti bersenaman secara berturutan dapat mencegah penyakit. Semasa kita bersenam, badan kita akan membakar semua kalori tambahan. Berat badan yang berlebihan akan memberi pelbagai masalah lain yang tidak diingini. Dengan ini, akticiti bersenaman bukan sahaja membuat kita sentiasa ramping, tetapi juga mengatasi masalah berkaitan dengan berat badan.


Selain itu, senaman akan meningkatkan peredahan darah yang konsisten dalam badan kita. Sebagai contoh, semasa berjoging, pernafasan dan denyutan jantung akan bertambah laju. Oleh itu, oksigen yang memasuki ke dalam badan juga akan bertambah. Pada masa yang sama, ia akan menyebabkan paru-paru untuk menghembus karbon dioksida. Aktiviti bersenaman yang riang juga akan mengurangkan tekanan darah tinggi. Menurut pelatih peribadi CHi Fitness, Ershyad Khan aktiviti senaman adalah penting kerana ia akan menguatkan otot dan tulang pada usia tua kita.


“Ramai mempunyai persepsi bahawa aktiviti kecergasan hanya penting supaya tidak menjadi gemuk. Jika sesuatu terjadi kepadanya, baru mereka akan mengambil inisiatif untuk bersenam”, katanya.


Senaman adalah alat kecergasan dan memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan orang. Sebenarnya, dengan bersenam, ia dapat membina daya tahan diri, menghindari penyakit berbahaya dan meningkatkan motivasi mental dan fizikal. Terdapat empat sukan asas yang boleh digunakan untuk aktiviti kesihatan dan riadah. Pilihan senaman yang tepat dapat memastikan kualiti hidup yang lebih sempurna dan mencegah kecederaan tulang, sendi dan otot. Namun, harus diingat bahawa bersenam mempunyai faedah yang berbeza. Senaman harus dilakukan dengan perlahan dan mengikuti teknik yang betul untuk mengelakkan bahaya kepada kesihatan anda.

 

Empat jenis latihan adalah:

1. Senaman Keseimbangan
Latihan ini membantu melindungi masalah biasa yang dihadapi oleh orang dewasa, seperti terjatuh. Ia kerana jika orang tua terjatuh, ia boleh menyebabkan sendi dan bahagian badan tidak berfungsi dengan baik. Keadaan ini akan menyebabkan mereka bergantung kepada orang lain untuk melakukan sesuatu. Sebahagian daripada senaman keseimbangan ini dapat menguatkan otot kaki dan menjadikan tubuh dan sendi hidup lebih lama untuk mengekalkan fungsi. Contoh senaman keseimbangan adalah seperti push-up dan lompat tali.

 

2. Senaman Ketahanan
Aktiviti kecergasan yang dikelaskan dalam latihan ini dapat melancarkan sistem pernafasan dan degupan jantung dengan berkesan, dan meningkatkan kesihatan paru-paru dan sistem peredaran darah. Daya tahan tinggi bukan hanya baik untuk kesihatan, tetapi juga mempunyai daya tahan yang tahan lama, menjadikan anda lebih mudah melakukan aktiviti seperti menaiki tangga. Melakukan senaman ini dapat melindungi anda dari penyakit yang disebabkan oleh usia, seperti diabetes, strok, penyakit jantung dan barah usus. Contoh senaman ketahanan adalah seperti berjalan, berjoging dan berenang.

 

3. Senaman Kekuatan
Senaman jenis ini bertujuan untuk membina otot tubuh supaya dapat melakukan sesuatu kerja. Senaman kekuatan akan membantu meningkatkan kadar metabolisme serta mengawal berat badan dan gula dalam darah. Ia penting kerana penyakit seperti kencing manis dan obesiti adalah masalah kesihatan yang paling banyak berlaku di kalangan orang dewasa. Malah, senaman jenis ini mampu mengurangkan risiko asteoporosis. Angkat berat adalah salah satus jenis senaman kekuatan.

 

4. Senaman Fleksibiliti
Ini adalah senaman regangan. Latihan regangan pada otot dan tisu akan menjadikan badan lebih fleksibel dan dapat melakukan pelbagai postur dan pergerakan dengan bebas. Ahli terapi fizikal dan profesional kesihatan menggunakan senaman regangan untuk membantu pesakit dengan pemulihan sendi. Contoh senaman fleksibiliti adalah seperti yoga, gimnastik dan senamrobik.


Oleh itu, pilih senaman yang sesuai dengan kemampuan anda. Pilihan senaman yang tepat adalah penting untuk mengelakkan kecederaan. Senaman harus dilakukan secara perlahan dan sedikit demi sedikit. Jika mereka tiba-tiba melakukan senaman kecergasan tanpa pemanasan ringan, ia akan menyebabkan kerosakan pada tisu badan dan otot. Kecederaan ini kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh.


Tips senaman yang baik:
-Pilih aktiviti sukan yang menarik untuk menggembirakan hati anda.
-Untuk orang yang mempunyai penyakit berbahaya, disarankan agar berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat senaman yang sesuai.
-Pakai pakaian yang sesuai semasa bersenam untuk mengelakkan ketidakselesaan dan kecederaan
-Pilih waktu dan tempat yang tepat untuk membuat anda merasa lebih selesa dan mengembangkan tabiat yang fleksibel
-Melakukan aktiviti riadah bersama orang kegemaran anda seperti keluarga, jiran dan rakan untuk meningkatkan tahap mental dan motivasi diri.

photo_2020-11-10_08-51-03.jpg

Penulis:

Sanglisha Kunasekaran

bottom of page