top of page

DIY Barangan Rumah Ganti Peralatan Gym

Sumber: Cikgu Azizah

photo6246523233721494976.jpg

Takut untuk pergi ke Gym musim pandemik? Risau berat badan naik mendadak? Tahukah anda bahawa musim pandemik COVID-19 tidak menghalang untuk anda lakukan senaman secara sihat sama seperti anda berada di Gym hanya dengan berada di rumah.

 

Haa…nak tahu barangan apa yang diperlukan? Semuanya hanya menggunakan 0 kos. Jadi apa kata anda sediakan bahan-bahan ini untuk mulakan sesi bersenam di rumah.

 

Apa yang and perlukan adalah:

1. Botol Air Minuman

Tips penggunaan, jika anda inginkan berat yang ringan anda hanya perlukan isikan air ke dalam botol tersebut, dan jika inginkan berat yang lebih, Cikgu Azizah sarankan anda untuk meletakkan pasir atau batu ke dalam botol air minuman tersebut. Terpulang pada anda dalam penggunaan berat dan beban yang diinginkan. Cara penggunaan? Menurut Cikgu Azizah, lakukan seperti anda menggunakan peralatan dumbell, Cuma bezanya barangan yang anda gunakan lebih mampu milik dan jimat kos! Mudah kan cara pertama ini? Tak pergi gym, tetap boleh bersenam menggunkaan peralatan secara DIY.

 

2. Batang Mop

Dekat rumah anda pasti ada batang mop. Kami yakin, anda selalu menggunakan barangan ini untuk kilatkan lantai rumah. Ini tips kedua dari Cikgu Azizah yang boleh anda lakukan aktiviti bersenam menggunakan batang mop. Anda boleh gunakan batang mop bagi mengimbangi dan meyokong bentuk badan anda anda ketika melakukan senaman terutamanya yang melibatkan kawasan pinggang. Untuk dapatkan saiz pinggang yang ramping, Cikgu Azizah sarankan anda untuk lakukan crunch dan .

 

3. Baldi

Barangan ketiga ini pasti mudah didapati di rumah anda. Tiada lagi alasan untuk tidak melakukan senaman dari rumah. Baldi digunakan bagi menggantikan yang sering digunakan untuk membina otot kaki ketika melakukan pergerakan bersenam. Jika anda merasakan ketinggian baldi terlalu tinggi untuk anda, boleh digantikan dengan penggunaan besen yang lebih rendah. Kegunaan baldi bukan sahaja untuk merendam pakaian, malah boleh dijadikan perlatan bersenam untuk anda kekal sihat dan cergas.

 

Apa yang anda boleh lakukan? Cikgu Azizah cadangkan untuk anda melakukan senaman high knee touch, sit up, high jog atau up and down stairs.

WhatsApp Image 2020-11-03 at 12.25.50 (5

Penulis:

Alwani Zafirah

bottom of page