Petua Opah, amalan awet muda kekal sihat dan cantik
Sumber: Norliah Saad (Opah Cu)
Jadi wanita lebih-lebih lagi yang telah berkahwin, perlu untuk sentiasa kelihatan cantik secara luaran dan juga dalaman terutamanya buat suami tercinta. Kalau dilihat pad acara orang zaman dahulu, mereka tidak terdedah dengan produk-produk kecantikan seperti zaman sekarang ini. Mereka juga tidak berkemampuan untuk berbelanja terhadap produk-produk kesihatan dan kecantikan yang mahal. Apa yang dilakukan oleh wanita zaman dahulu untuk kekal sihat dan cantik. Bak kata orang Melayu, ‘awet muda’. SiHAT ingin kongsikan kepada pembaca petua opah dalam mengekalkan kesihatan dan kecantikan diri.
1. Air Rebusan Halia dan Serai
Tujuannya untuk menyingkirkan toksid dan lemak dalam badan dan sangat bagus untuk wanita yang sedang dalam pantang. Selain itu, ia juga untuk mewangikan badan terutamanya pada bahagian kewanitaan. Ingat pembaca semua, bahagian itu sangat penting untuk dijaga walaupun ia merupakan bahagian yang terlindung tetapi itulah rahsia kebahagiaan keluarga.
2. Daun Sirih
Daun serih boleh dikatakan sebagai makanan kudapan santai bagi wanita zaman dahulu. Walaupun rasanya tidaklah terlalu menyelerakan, tetapi khasiatnya untuk kesihatan badan sangatlah tinggi. Amalan makan daun sirih adalah baik untuk hilangkan bau badan dan memulihkan masalah sakit urat dan sengal-sengal badan yang sering dialami oleh wanita terutamanya apabila semakin meningkat usia.
3. Kulit Pisang Emas
Ini meruapakan petua terbaik opah yang boleh diamalkan kerana terlalu mudah untuk dilakukan. Caranya ambil sahaja kulit pisang emas, kemudian sapu pada kesemua bahagian kulit wajah. Anda pasti akan mendapatkan kulit yang sangat cantik, licin dan bebas jerawat. Wanita zaman sekarang pasti menginginkan kulit , inilah petua terbaik untuk anda amalkan.
4. Campuran Serbuk Kunyit dan Tepung Beras
Masker wajah yang paling jimat untuk dilakukan tetapi kesannya sama seperti menggunakan teknologi hebat. Campur dan gaulkan sahaja kedua-dua bahan tersebut dan sapu pada muka untuk menghilangkan kedutan pada wajah. Barulah awet muda.
Penulis:
Alwani Zafirah