top of page

 

Rutin Senaman Warga Emas Sambil Duduk Atas Kerusi

Sumber: Cikgu Azizah

photo6246523233721494976.jpg

Sambil-sambil menonton televisyen di rumah, sambal-sambil santai di halaman rumah, anda juga boleh lakukan senaman-senaman mudah untuk dijadikan rutin terutamanya buat warga emas. Ingat, pesan Cikgu Azizah, usia tidak menghalang seseorang itu untuk sentiasa bersenam. Pergerakan senaman sambil duduk di atas kerusi boleh dimulakan dari bahagian kepala hingga ke kaki supaya keseluruhan anggota badan dapat direnggangkan.

 

Antara kebaikan senaman duduk di atas kerusi (Chair Fitness) yang disarankan untuk dilakukan oleh warga emas dan dijadikan sebagai rutin senaman mereka adalah:

Senaman duduk di atas kerusi sesuai dilakukan oleh warga emas terutamanya mereka yang mempunyai isu dengan ketahanan (endurance) seperti tidak boleh berdiri terlalu lama, serta mempunyai pergerakan yang terhad (limited mobility).

Senaman ini juga meruapakan antara senaman di dalam kategori senaman kardiovaskular yang baik untuk daya tahan otot kita.

Senaman duduk di atas kerusi bertujuan untuk menambah kebaikan pada peredaran darah dalam badan kita dan hal ini perlu diutamakan oleh warga emas yang lebih mudah menghadapi masalah sakit jantung.

Membantu dalam meningkatkan kekuatan otot-otot badan dan kepadatan pada tulang.

Mengurangkan masalah ketegangan sendi yang boleh menyebabkan masalah penyakit parkinson dan lumpuh.

Senaman ini juga bagus dalam menagatasi masalah tekanan dalam diri serta membantu sistem imuniti yang lebih kuat pada tubuh.

 

Kata Cikgu Azizah, warga emas perlu melakukan senaman yang merangkumi komponen-komponen seperti berikut:

1. Cardiovascular

Bentuk senaman yang dicadangkan oleh Cikgu Azizah adalah seperti , jogging, berenang, berbasikal, menari dan sebagainya untuk meningkatkan tenaga dalam badan.

 

2. Strength training

Komponen ini lebih menfokuskan kepada meningkatkan daya tahan otot. Antara senaman yang dicadangkan oleh Cikgu Azizah adalah senaman atau pergerakan yang menggunakan bebanan diri sendiri atau menggunakan peralatan untuk memberi kekuatan dan dayatahan yang tinggi pada otot.

 

3. Balance

Anda boleh lakukan senaman sambal berdiri kemudian kaki dirapatkan dan tukar secara perlahan kepada satu kaki digerakkan ke depan dan satu lagi kaki ke belakang, dan diteruskan kepada satu berdiri menggunakan satu kaki sahaja dan dilakukan secara bergilir diantara kaki kanan dan kiri.

 

4. Flexibility

Komponen ini untuk menguji kelenturun badan anda. Cikgu Azizah cadangkan untuk anda lakukan senaman seperti Yoga, Tai Ci dan senaman yang dalam pergerakan sederhana perlahan dan tidak terlalu berat pada otot badan.

WhatsApp Image 2020-11-03 at 12.25.50 (5

Penulis:

Alwani Zafirah

bottom of page