top of page

Tiga minuman bermanfaat untuk kurus

Sumber: Akmal Bin Ismail, Personal Fat Loss Coach

akmal.jpg

Anda perlu tahu terdapat banyak faktor sebenarnya yang mempengaruhi badan menjadi kurus, di antaranya ialah melalui pemakanan natural. Ini kerana mempunyai kesan dalam membantu amalan diet untuk mengecutkan lemak.

​

Artikel ini akan membincangkan mengenai kebaikan-kebaikan tiga jenis minuman yang mungkin anda sering ambil dan amalkan seharian, namun tidak sedar secara semula jadinya telah menjadi antara faktor yang menyumbang kepada proses penurunan berat badan anda.

​

Walau bagaimanapun, minuman-minuman tersebut tidak perlu dijadikan sebagai fokus utama dalam menurunkan berat badan kerana anda perlu sedar bahawa diet untuk kurus bukan sahaja bagi tujuan kecantikan, malah untuk memastikan tubuh badan sentiasa sihat. Sekiranya anda tidak sedang mengamalkan diet, pengambilannya seharian sedikit sebanyak memberikan kesan yang baik kepada anda kerana tujuan hidup bukan sekadar diet dan kira kalori sahaja.

​

Kebaikan minuman pertama yang akan dibincangkan dalam menurunkan berat badan ialah teh hijau atau green tea. Teh hijau dikenali sebagai suatu minuman berkhasiat dari China daripada daun jenis Camellia sinensis yang tidak melalui proses pelayuan dan pengoksidaan seperti teh hitam dan teh oolong. Malahan, teh hijau kaya dengan antioksida dan nutrient yang baik untuk badan dan minda, selain untuk kesihatan tubuh badan dan kecantikan.

 

Antara kebaikannya ialah dapat membantu meningkatkan pembakaran lemak. Jika diperhatikan, mana-mana makanan tambahan atau supplement kecut lemak selalunya akan mengandungi teh hijau sebagai bahan. Hal ini kerana teh hijau berfungsi sebagai meningkatkan pembakaran lemak dan metabolisma badan. Oleh itu, pembakaran lemak yang berlaku dapat mengoksidakan lemak dan memberikan tenaga. Namun, sekiranya pengoksidaan yang menyebabkan lemak-lemak terurai itu tidak digunakan untuk melakukan aktiviti fizikal, akan menyebabkan penyerapan semula ke dalam lemak badan.

​

Walau bagaimanapun, teh hijau sebenarnya membantu untuk mengecutkan lemak terutama pada bahagian perut atau abdominal yang sering berlakunya masalah buncit. Ini kerana lemak tersebut terkumpul pada bahagian bawah salaput kulit dan sering menjadi punca peradangan dalam badan, resistensi insulin dan penyakit jantung. Oleh itu, teh hijau lebih terlihat kesan fizikalnya pada individu yang mengalami masalah obesiti dan berat berlebihan.

 

Selain itu, pengamalan teh hijau dapat mengelakkan pelbagai penyakit seperti kencing manis dan kardiovaskular. Misalnya, penyebab punca penyakit kencing manis ialah kerana sel-sel badan yang tidak memberi tindak balas kepada lambakan insulin yang dirembeskan kepada tubuh badan disebabkan gemar mengambilan makanan proses tanpa kawalan. Oleh itu, pengamalan teh hijau membantu meningkatkan sensitiviti sel terhadap insulin dengan menurunkan kadar gula dalam darah. Manakala, teh hijau bagi penyakit kardiovaskular dapat memperbaiki tahap kolesterol dalam badan terutamanya kolestrol baik daripada teroksida.

​

Di samping itu, bagi individu yang tidak mempunyai keperluan untuk kurus, pengamalan teh hijau mempunyai 1001 kebaikan kepada diri anda, terutamanya dalam meningkatkan fungsi otak, mengurangkan bau mulut yang kurang menyenangkan serta dapat mengecah kanser. Meskipun begitu, didapati daripada kajian lepas bahawa teh hijau juga mampu menurunkan hormon lelaki dan mengurangkan bilangan sperma. Oleh itu, Akmal Ismail, Personal Fat Loss Coach mencadangkan pengambilan teh hijau bagi lelaki ialah tiga atau empat cawan sehari maksimum, manakala bagi perempuan adalah lebih. 

​

Minuman kedua yang akan dibincangkan kebaikannya untuk kurus ialah kopi atau coffee. Anda sedia maklum bahawa kopi adalah sejenis minuman yang mempunyai kafein dan bertindak meransang sistem saraf tubuh badan dan membuatkan anda menjadi aktif. Begitu juga dengan teh, turut mempunyai kafein tetapi tidak sebanyak seperti yang terkandung dalam kopi. Bahan lain yang terkandung dalam kopi adalah asid kolorogenik yang bertindak sebagai agen melambatkan proses penyerapan karbohidrat dan memberikan rasa kenyang yang berpanjangan.

 

Akhir sekali, ialah Theobromine dan Theophylline yang mempunyai fungsi yang sama seperti kafein.

Kopi juga adalah dapat meningkatkan pembakaran lemak dan meningkatkan metabolisma badan seperti teh hijau, di mana kandungan supplement kecut lemak turut mengandungi kopi iaitu bahan yang mempunyai kafein. Oleh itu, bagi individu yang bersukan akan meminum kopi sebelum memulakannya bagi membakar lebih banyak lemak kerana adanya kadar metabolisma yang tinggi. Malah, pengamalan kopi setiap hari turut mempunyai peranan seperti teh hijau dalam mengelakkan penyakit seperti kencing manis. Namun, diingatkan bahawa pastikan untuk meminumnya mengandungi hanya bahan kopi yang tidak dicampurkan dengan gula atau margerin.

​

Seterusnya, pengambilan kopi dapat membantu anda untuk mengawal tekanan yang dihadapi. Tahukah anda, kelemahan mengawal tekanan antara faktor yang menyukarkan lemak susah kecut. Oleh itu, dalam kata mudah kurang tekanan maka kuranglah lemak. Jika dilihat pada kajian saintifik, individu yang minum empat cawan dan ke atas setiap hari dapat mengurangkan 20% risiko untuk depressi dan 53% risiko untuk membunuh diri. Di samping itu, diingatkan pengambilan yang berlebihan dapat memberikan rasa pening. Jadi ambillah dalam kuantiti yang berpada-pada.

​

Susu penuh krim atau full cream milk merupakan minuman ketiga yang akan dibincangkan kebaikannya dalam menurunkan berat badan. Pasti anda hairan, kenapa susu penuh krim kenapa bukan susu rendah lemak. Hal ini demikian keran susu penuh krim mengandungi lebih kurang 18 kali ganda omega-3 berbanding susu rendah lemak. Omega-3 berperanan dapat mengurangkan lemak viseral atau lemak organ yang menjejaskan kesihatan, terutamanya di bahagian perut.

​

Kajian-kajian lepas menunjukkan kadar obesiti rendah dengan pengambilan makanan tenusu lemak tinggi seperti susu penuh krim. Malah, pengambilan makanan tenusu lemak tinggi dalam kalangan perempuan adalah kurang untuk menjadi gemuk. Begitu juga dengan lelaki, menunjukkan risiko untuk buncit adalah rendah daripada individu yang mengamalkannya secara sederhana. Manakala, berisiko tinggi bagi individu yang kurang mengamalkannya. 

Walau bagaimanapun, sumber mencadangkan susu yang terbaik adalah susu segar yang jauh lebih baik daripada keduanya dan dituruti dengan susu penuh krim, seterusnya susu rendah lemak. Namun, bagi individu yang tidak sesuai dan tidak boleh untuk mengamalkan susu secara berlebihan, boleh mengantikannya dengan yogurt atau keju yang paling natural.

​

Anda diingatkan untuk tidak bergantung sepenuhnya kepada makanan atau minuman untuk menjadi kurus, kerana utamanya ialah bagaimana anda mengawal pemakanan tersebut. Hal ini bergantung bagaimana anda mengamalkan proses kehidupan seharian dengan fikir menggunakan kelebihan akal yang Allah kurniakan.

 

Selamat berjaya!​

photo_2020-11-10_08-51-18.jpg

Penulis:

Norazmin Binti Marzuki

IMG_7914.PNG
IMG_7912.PNG

© 2020 SiHAT

bottom of page