top of page

Transformasi daripada ‘budak kampung’ ke ‘jejaka sado’

Sumber: Ershyad Khan, Pelatih Peribadi CHi Fitness Damen

Black Background

Siapa sangka seorang budak kurus daripada Kampung Panchor Muar, Johor akan menjadi pelatih termuda serta ‘top trainer’ di CHi Fitness Damen, Subang Jaya?

Ershyad Khan adalah peminat sukan yang telah mewakili negara untuk sukan bola sepak dan lumba lari jarak jauh. Namun, impiannya terhancur ketika dia patah kakinya pada usia 18 tahun. Menurutnya, semasa waktu pemulihannya, dia berasa risau ketika memikirkan masa depannya kerana doktor mengatakan bahawa dia tidak akan dapat meneruskan hasratnya untuk bermain bola sepak lagi.

"Saya masih ingat ketika doktor bertanya kepada saya dengan sarkastik jika saya seorang ‘hero’ filem Tamil yang boleh cepat sembuh apabila saya mengeluarkan pembalut pada kaki saya dalam beberapa minggu. Setiap hari saya akan berjalan langkah kecil di padang dan melakukan urutan tradisional untuk menyembuhkan kaki saya. Setelah saya pulih, doktor terkejut kerana saya dapat melompat dan dia mengatakan bahawa saya telah membuktikan kepadanya bahawa saya memangpun seorang ‘hero’ filem Tamil”, katanya.

Namun, oleh kerana kecederaannya, dia tidak dapat mewakili negara dalam sukan bola sepak. Ershyad menyatakan bahawa dia bekerja di sebuah agensi pelancongan sehingga rakannya memberitahunya mengenai kekosongan jawatan di CHi Fitness untuk menjadi pelatih peribadi.

“Dulu badan saya sangat kecil. Semasa saya umur 18 tahun, ramai orang kata bahawa badan saya kelihatan tidak sihat dan saya tidak cukup makan. Ada juga yang bergurau kasar bahawa saya ada hisap dadah atau ambil benda yang terlarang. Padahal saya tidak ambil semua itu. Dari situ saya mula tanamkan dalam diri yang saya hendak tunjukkan kepada orang lain bahawa saya boleh berubah fizikal dan tubuh badan saya. Dalam satu hingga dua tahun, fizikal saya mula berubah”, tambahnya.

Ershyad telah bekerja dalam industri kecergasan selama lima tahun dan dia juga telah mencapai pelatih terbaik bulanan lebih daripada 10 kali di Chi Fitness. Menurutnya, faktor yang mendorongnya untuk menjadi seorang pelatih peribadi ialah kepuasan yang dia memperolehi apabila pelanggannya mencapai matlamat kecergasan mereka.

“Saya selalu memotivasikan pelanggan saya. Majoriti yang saya jumpa pernah masuk ke gim, tetapi mereka tidak dapat apa yang mereka hendak. Antara sebab utamanya ialah mereka tidak tahu caranya. Itu yang membuatkan mereka berasa tidak bermotivasi. Malah, jika mereka dapat seorang pelatih peribadi, mereka boleh melihat cara perjalanan ke kecergasan sehingga mereka berubah secara fizikal”, katanya.

Ershyad juga menyatakan bahawa semasa zaman persekolahannya, ramai penduduk kampung memanggilnya ‘budak Pakistan’ oleh kerana dia berketurunan Pakistan-Melayu, serta menghalang anak-anak mereka daripada bergaul dengannya. Namun, sekarang apabila dia kembali ke kampung halamannya, orang sama yang telah mengkritiknya dahulu akan kini memanggilnya ‘jejaka sado’.

“Dalam kehidupan kita ini, jika kita ada sesuatu yang kita hendak mencapai, kita tidak perlu pedulikan pernyataan orang lain. Kita harus abaikan orang-orang toksik sebegini kerana pada penghujung hari, mereka akan sedari bahawa perbuatan mereka tidak membawa faedah atau hasil, tetapi kita akan mencapai keinginan kita. Yang penting, kita jangan kurangkan motivasi diri kita. Ia kerana motivasi adalah benda yang paling penting untuk kita teruskan perjuangan untuk mencapai cita-cita kita”, katanya.

Ershyad menasihati kepada semua pembaca majalah SiHAT agar selalu ingat bahawa jika kita ingin mempunyai bentuk badan yang cantik atau menjadi lebih cergas, kita harus menjadikan kecergasan sebagai gaya hidup kita. Ini kerana kecergasan adalah berkaitan dengan semangat dan disiplin kita. Oleh itu, kita boleh mengubah banyak perkara dalam gaya hidup kita dengan kecergasan.

photo_2020-11-10_08-51-03.jpg

Penulis:

Sanglisha Kunasekaran

131330294_136442161611029_44370071725285
bottom of page