
Amalan gaya hidup sihat mampu cegah penyakit gout!
Sumber: Mohd Ashrudin Hussain
Mohd Ashrudin Hussain, 46 tahun atau dipanggil sebagai Ashrudin merupakan pesakit gout dan telah menderita sakit berkenaan selama tiga tahun. Kini, penyakit goutnya kembali pulih walaupun tidak sepenuhnya kerana beliau telah mengamalkan gaya hidup sihat.
​
Ashrudin mengakui pengambilan makanan sihat penting dalam pemakanan seharian supaya kekal sihat dan tidak didatangi sakit gout lagi. Ashrudin turut berkongsi petua dalam mencegah sakit gout seperti minum banyak air kosong sekurang-kurangnya 8 hingga 16 gelas setiap hari kerana ianya sangat membantu dalam mengeluarkan kristal asid urik dari badan melalui air kencing.
​
“Saya akan menghadkan pengambilan minuman manis dan air berkabonat serta akan mengelakkan diri daripada pengambilan makanan yang kaya dengan asid urik seperti organ dalaman haiwan, ikan bilis, ikan kembung, ikan sardin, daging, kekacang dan makanan laut.
​
“Makan makanan seimbang dengan melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti daun sedari kerana, daun ini kaya dengan anti-oksida serta mampu meredakan keradangan penyakit gout. Makan makanan rendah lemak, dapatkan protein daripada tenusu yang rendah lemak dan kerap melakukan senaman juga boleh mencegah sakit gout saya daripada kembali.
​
“Saya juga mengamalkan petua yang saya dapati daripada media sosial yang menyarankan supaya minum campuran sebiji buah nenas yang masak, sebiji lobak putih dan tiga biji buah keras kemudian dikisar bersama-sama sehingga menjadi seperti jus dan Alhamdullilah petua tersebut memberi kesan yang positif kepada sakit gout saya”, ujarnya.​

Penulis:
Nur Fadhilah Mohamad Sukri