
Anda mungkin salah seorang penghidap PCOS jika …..
Sumber: Profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain, Pakar Obstetrik dan Ginekologi
Pernah tak anda berasa runsing sekiranya kitaran haid tidak muncul tepat pada waktu atau kadangkala haid iaitu tiga hingga empat bulan sekali? Apakah yang anda lakukan sekiranya haid tidak datang pada bulan tersebut? Untuk pasangan yang sudah berkahwin, ia mungkin menganggap bahawa anda telah hamil, namun hati-hati dengan tanggapan peribadi tanpa pengesahan daripada doktor.​​
"Maaf, Puan. Anda tidak hamil."
Mendengar saja percakapan doktor tersebut, ia pasti meranapkan perasaan untuk mendapatkan zuriat kerana tidak datang bulan. Hati-hati dengan permainan hormone dan jangan sampai anda terpedaya.
Jika ia bukan petanda kehamilan, pastikan anda terus membuat pemeriksaan kesihatan terutamanya mengenai kesuburan diri. Ini kerana terdapat pelbagai kemungkinan masalah dalaman kesihatan wanita seringkali berlaku tanpa disedari.
Ayuh, semak ciri-ciri tersebut selain daripada kitaran haid yang tidak menentu! SiHAT bimbang sekiranya anda merupakan penghidap PCOS dalam senyap tanpa disedari.
1. Jerawat
2. alopesia (kebotakkan)
3. hirsutisme (pertumbuhan bulu roma berlebihan)
4. Obesiti
Sudahkah anda membaca cirri-ciri tersebut? Ada tak salah seorang daripada anda mengalami
ciri-ciri berikut dan besar kemungkinan ia merupakan PCOS.
PCOS? Apa itu PCOS dan apakah ia mendatangkan kesan negatif kepada kaum wanita di luar sana? Sindrom ovari polisistik (polycystic ovarian syndrome, PCOS) merupakan suatu penyakit gangguan endokrin yang menyebabkan 5 hingga 10 peratus wanita mengalaminya akan menderita kerana ia merupakan gangguan hormon yang paling tinggi pada peringkat kesuburan dan menjadikan ia sebagai salah satu faktor infertiliti dalam kalangan wanita. SiHAT kongsikan sindrom yang cukup terkenal dan bertindak secara senyap tanpa disedari dalam kalangan wanita.
Untuk pengetahuan semua, sindrom ini dapat dikenal pasti melalui tanda klinikal, iaitu aturan kitaran haid yang tidak tetap, gejala terlebih hormon androgen (iaitu hormon lelaki) dan masalah obesiti. Malahan kerintangan tubuh terhadap insulin, dan peningkatan aras hormon peluteinan (LH) amat berhubung kait dengan PCOS. Sedar atau tidak, ia turut dikaitkan dengan peningkatan risiko mendapat penyakit diabetes melitus (kencing manis), hiperkolesterolemia (aras kolesterol darah yang tinggi) dan hipertensi (tekanan darah tinggi). Akhirnya, masalah ini akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit jantung (kardiovaskular). Dalam hal ini, ia ternyata mendatangkan kesan buruk
terhadap kesihatan seseorang.​

Penulis:
Farah Nadia