top of page

Dari XL ke M? Terima kasih atas kritikan!

Sumber: Aida Syafiza

photo6165583814819162666.jpg

Siapa sangka dengan kritikan yang dilemparkan oleh orang tersayang mampu membangkitkan semangat untuk menurunkan berat badan. Bayangkan dalam masa 3 bulan, si gadis molek ini berjaya menurunkan 14kg dalam masa 3 bulan sahaja!

 

Wah, begitu menguja, bukan?

 

Nak tahu apakah kisah disebalik kejayaan gadis kelahiran Terengganu ini? SiHAT akan kongsikan bersama anda.

 

Pada mulanya, tohmahan dan kritikan yang dilemparkan oleh ahli keluarga dan rakan sekeliling hanyalah dipandang kosong sahaja. Tiada kesedaran lagi, namun lama-kelamaan ianya semakin membuak apabila gadis itu mulai berasa lesu apabila melakukan sesuatu aktiviti.

 

Kata si gadis itu, pada permulaannya beliau mengambil produk gentian makanan tetapi tidak berkesan. Keputusan yang diperoleh amatlah mengecewakan, namun beliau tidak boleh terus berasa kecewa kerana gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Rentetan daripada itu, saya mengamalkan diet kalori defisit. Ternyata keputusan yang diperoleh amatlah mengejutkan!

 

Nah... mesti pembaca SiHAT tertanya-tanya apakah diet yang dimaksudkan oleh si gadis itu, kan?

 

Berikut merupakan beberapa tips yang dikongsikan oleh gadis molek ini untuk mendapatkan berat badan yang diidamkan:
1. Kuantiti makanan yang sedikit. Siapa cakap kalau diet tidak boleh makan nasi? Itu hanya mitos. Makan nasi dalam kiraan suku pinggan, protein suku pinggan dan lebihkan sayur serta buah. Itu sudah memadai.
2. Tidak meminum minuman air manis dan minuman berkalori tinggi pada bulan pertama proses menurunkan berat badan.
3. Intermittent Fasting (IF) sangat penting untuk mendapatkan keputusan yang memberangsangkan. Berpuasa bermula dari jam 7 petang sehingga 11 pagi dan hanya minum air kosong dalam tempoh tersebut menghilangkan rasa lapar.

 

Pesan gadis diakhir bicara,

 

“Untuk anda pembaca majalah SiHAT, jangan pernah rasa terlambat untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Perubahan yang sedikit tidak bermakna anda gagal. Ia adalah perkara yang membanggakan kerana perubahan sedikit itu adalah permulaan langkah untuk berjaya. Teruskan berusaha dan kejar matlamat.”

 

Jadi, untuk pembaca yang disayangi, tiada istilah LEWAT untuk mengubah gaya hidup kita. Biar lambat asalkan tidak kecewa dikemudian hari. Teruskan usaha murni anda!

 

Nantikan lebih banyak perkongsian menarik menanti anda pada posting akan datang!

photo_2020-11-10_08-50-58.jpg

Penulis:

Farah Nadia

WhatsApp Image 2020-11-03 at 12.25.50 (5

Wartawan:

Alwani Zafirah

photo6165583814819162666.jpg

© 2020 SiHAT

bottom of page