top of page

Diet mengikut kumpulan darah lebih berkesan!

Sumber: Syaza Lyana Binti Idris, Perunding Pemakanan JomSayHeart

Syaza_edited.jpg

Sudah lama amalkan diet secara sihat, namun kurang berkesan dan mengambil tempoh yang lama untuk anda mencapai target yang ditetapkan? Perhatikan semula pemakanan diambil dengan diet mengikut kumpulan darah.​

 

Kumpulan darah anda dapat memastikan kategori diet anda agar bersesuaian seperti diet protein atau sebaliknya. Hal ini membantu anda mengatur diet secara bijak agar tidak membazirkan masa melakukan diet yang tidak bersesuaian dengan tubuh.

​

Diet mengikut kumpulan darah ini lebih berkesan keraa makanan yang diambil bertindak secara sains dengan darah. Malah,  manfaatnya ialah memberikan kesan fit dan dapat menyuhatkan tubuh badan.  

​

Menurut pandangan Peter D’Adamo (1996) dalam Eat Right 4 Your Type, diet dengan memakan makanan lektin atau sejenis protein yang tidak sesuai dengan kumpulan darah seseorang boleh menyebabkan sel darah blackouts. Keadaan ini akan mengakibatkan masalah kesihatan seperti penyakit jantung, buah pinggang dan kanser.

​

Walau bagaimanapun, seperti yang diketahui kumpulan darah utama ialah A, B, AB dan O. Oleh itu, pastikan kumpulan darah anda dan ikuti cadangan menu pemakanan yang disarankan oleh Syaza Lyana dalam membantu proses diet anda.

 

·Darah  A

Individu ini perlu amalkan diet bebas daging  dan perlu mengambil banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin yang  organik dan segar. Jadi vegetarian untuk diet yang lebih berkesan dengan elakkan daging, bahan tenusu serta gandum. Jika tidak boleh elakkan, kurangkan kuantiti pengambilan.

 

·Darah  B

Individu boleh amalkan diet campuran omnivore dengan menjaga kalori secara seimbang. Digalakkan makan sayur hijau, telur, hati, tenusu rendah lemak dan teh. Namun, boleh makan daging tapi tidak ayam kerana ianya akan memberi masalah kepada tubuh sebab suntikan dalam ayam akan memberi perubahan pada hormon. Diet lebih berkesan dengan elakkan pengambilan jagung, gandum, tomato, kacang dan sesame seeds.

 

·Darah AB

Individu digalakkan mengambil makanan seperti  tofu, nanas, makanan laut, tenusu dan sayur hijau. Namun, perlu elakkan pengambilan kafein seperti kopi dan nescafe serta daging yang dimasak secara smoked. Diet lebih berjaya tanpa pengambilan  daging merah dan jagung.

 

·Darah  O

Individu lebih sesuai  dengan diet yang tinggi protein kerana mampu mencerna protein haiwan dengan baik termasuk daging pejal, itik, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan terutama bayam dan brokoli. Namun, perlu kurangkan  pengambilan bijirin atau kekacang. Selain itu, elakkan  mengambil produk tenusu, jagung, gandum, kacang buncis, sawi bunga, kubis dan kubis bunga kerana akan menyumbang kepada kenaikan berat badan.

Walaupun begitu, berbeza bagi individu kumpulan darah ini yang mempunyai masalah kesihatan jenis asma, demam dan alahan. Makanan disarankan ialah dengan mengambil daging tanpa lemak, makanan laut, ikan, buah-buahan, sayur-sayuran dan minyak zaiton.

 

Empat  diet yang disarankan sebenarnya menekankan anda agar mengamalkan makanan sihat dan  sentiasa kerap bersenam agar seimbang untuk manfaat kesihatan diri. Selain itu, bagi individu kumpulan darah O perlu dipadankan dengan senaman fizikal yang lebih berbanding individu dari kumpulan darah yang lain.

Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan mendapatkan khidmat nasihat pakar pemakanan daripada bertindak secara melulu mencuba diet bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan. Jangan kerana taksub mahu kurus sehingga merisikokan kesihatan diri anda.​

photo_2020-11-10_08-51-18.jpg

Penulis:

Norazmin Binti Marzuki

IMG_7918.PNG
IMG_7917.PNG

© 2020 SiHAT

bottom of page