
Elakkan Anak Anda Minum Teh Dan Kopi, Ini Padahnya….
Sumber: Pn. Syaza Liyana, Nutritionist Mysayheart
Teh dan kopi tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di Malaysia, terutamanya minuman kegemaran kanak-kanak pada masa ini. Setiap pagi sahaja, ibu bapa akan sajikan kepada mereka air teh tarik atau teh o’, itu tidak termasuk kepada pengiraan jumlah pengambilan seharian. Mungkin lebih daripada 5 kali sehari!​
​
Ia adalah sesuatu yang membimbangkan. Sebagai seorang ibu dan bapa yang prihatin akan penjagaan anak-anak, dua jenis minuman ini perlulah dielakkan kerana ia mendatangkan kesan negatif kepada mereka. Sebut saja teh, pasti terbayangkan akan manisnya minuman tersebut dengan beberapa pelbagai minuman disajikan kepada anak-anak pada masa ini, termasuklah minuman teh dan kopi. Jika dilihat kepada peratusan obesiti dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia, ia dilihat semakin meningkat dan perkara ini perlu dipandang serius dalam kalangan ibu bapa, terutamanya kepada bakal ibu dan bapa.
​
Meskipun teh dihidangkan dalam pelbagai jenis dan mempunyai kandungan kafein yang bergantung kepada jenisnya seperti secawan teh hijau mengandungi 24 hingga 45 mg kandungan kafein berbanding teh hitam biasa yang anda konsuminasi iaitu 14 hingga 70 mg. Melihat kepada kandungan kafein keatas the hitam, ia jelas menunjukkan keburukan teh jika anda memberi kepada anak-anak meminumkans sebagai minuman harian. Begitu juga dengan kandungan kafein dalam secawan kopi, iaitu secawan kopi (237ml) kebiasaannya mengandungi 95 hingga 200mg .
​
Sebagai seorang ibu bapa yang prihatin akan perkembangan tumbesaran anak-anak, ia seharusnya diberi perhatian serius bahawa kandungan kafein tersebut memberi kesan negative, iaitu otak kanak-kanak adalah sensitive berbanding individu dewasa. Tindak balas dengan sistem saraf pusat boleh menyebabkan kehilangan selera makan dan mempengaruhi berat badan apabila dewasa kelak.
​
Rentetan daripada itu, SiHAT nasihatkan kepada para ibu bapa di luar sana agar jauhi kanak-kanak dari pengambilan kafein berlebihan dalam kehidupan seharian kerana ia juga berupaya mempengaruhi tumbesaran mereka dan mengakibatkan tumbesaran terbantut. Penyerapan zat-zat makanan akan mempengaruhi setiap kali kanak-kanak itu mengkosuminasikan kafein pada usia muda.​

Penulis:
Farah Nadia

