top of page

Kemanakah stamina sewaktu bersukan?

Sumber: Cikgu Noor Hashimah Salleh

61739709_2362910443765030_82206391304978

Waktu pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) merupakan waktu yang dinanti-nantikan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja semasa sesi persekolahan. Mereka bukan suka sangat dengan bersukan, sebaliknya melarikan diri daripada belajar dalam kelas. Itulah kenyataan yang tidak dapat dinafikan. Ia makin jelas apabila cikgu PJK menyuruh melakukan larian sebanyak3 pusingan di padang. Pelbagai drama dapat dilihat dengan nyata dan benar.

 

"Hadoi, kamu semua ini. Takkan satu round lari dah pancit?" Muka tak puas hati Cikgu Noor Hashimah apabila anak-anak murid sudah mula mengah. Umur mereka baru sahaja 16 tahun tapi stamina mengalahkan orang seusianya iaitu awal 50-an. Pernah tak pengikut SiHAT tertanya-tanya akan sikap mudah penat semasa bersenam itu terutamanya larian?

 

Untuk pengetahuan pengikut setia, ia adalah berpunca daripada aliran darah yang tidak lancer dan jantung sudah tidak berdaya untuk melakukan pengepaman darah. Jom ketahui punca darah tidak lancar!

 

1. KURANG BERSENAM ATAU MELAKUKAN AKTIVITI

Pendedahan kepada akses media sosial pada masa ini tidak dapat disangkal kepada ketidakseimbangan darah dalam kehidupan seharian. Setiap masa bersama dengan telefon pintar, tidak kiralah bermain media sosial seperti TikTok atau Instagram mahupun marathon drama menerusi Netflix, Iflix, WeTV, iQIYi dan sebagainya. Melihat kepada rutin harian seperti ini, ia jelas menandakan anda kurang melakukan senaman dan ini menyebabkan otot akan lemah disebabkan lebih banyak masaterluang di situ.

 

2. MAKAN SUKA HATI

Dengan lambakan pilihan makanan dan akses mendapatkan ia tanpa mengira waktu menjadi punca kepada permasalahan ini. Kesibukan ibu bapa pada masa ini menyebabkan mereka ini tidak kawalan dalam pengambilan makanan seharian terutamanya dengan segalanya dapat dilakukan di hujung jari. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula seperti minuman boba yang tular pada masa ini dapat dijadikan alasan kukuh kepada ketidakseimbangan dalam pengaliran darah dan sekaligus menyebabkan stamina ketika bersukan berkurangan.

 

3. MEROKOK

AWAS! Sekiranya anda seorang perokok tegar. Ini merupakan punca dimana menyebabkan stamina anda ke laut ketika bersukan. Merokok menyebabkan paru-paru dan jantung anda dalam keadaan lemah. Kenyataan mengenai keburukan merokok itu tidak dapat disangkal lagi. Kepada anda yang masih bersekolah terutamanya, hentikanlah daripada merokok kerana anda masih muda. Tiada istilah lambat untuk mengubah kepada gaya hidup sihat.

 

4. KURANG MINUM AIR

Setiap orang seharusnya meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Air tersebut bukanlah minuman manis seperti air teh, kopi, milo dan sebagainya itu, sebaliknya air masak atau air putih. Sekiranya anda kurang minum air, ia akan menyebakan gangguan kelancaran darah. Oleh itu, anda dinasihati untuk mengambil air secukupnya kerana darah akan menjadi lebih pekat dan ia akan meningkatkan sel-sel darah merah dan mengelakkan anda dari mengalami cepat keletihan.

 

5. WAKTU TIDUR TIDAK MENENTU

Tidur adalah waktu rehat keperluan untuk setiap manusia. Oleh itu, waktu tidur yang tidak cukup dan teratur akan menghuru-harakan hormon dalam badan. Proses baikpulih (healing process) akan turut terjejas dan melambatkan. Bukan itu sahaja, waktu merupakan kunci utama dalam memastikan penyaluran oksigen dan karbon dioksida dalam badan seseorang dalam keadaan normal. Kurang tidur menyebabkan anda keletihan melampau.

 

Melihat kepada kesemua punca yang dikongsikan ini, marilah kita mengubah cara hidup kearah sihat. Pastikan diri anda lebih bertenaga dan jangan biarkan usia memalukan tahap stamina.​

photo_2020-11-10_08-50-58.jpg

Penulis:

Farah Nadia

sepak.jpg
61739709_2362910443765030_82206391304978

© 2020 SiHAT

bottom of page