top of page

Makan perlahan, diet cara mudah

Sumber: Syaza Lyana Binti Idris, Perunding Pemakanan JomSayHeart

Syaza_edited.jpg

​Proses diet berlaku dengan kawal kendiri yang dilakukan terhadap diri individu untuk menurunkan berat badan dalam mencapai target yang diimpikan bagi tujuan seperti kecantikan, kesihatan dan sebagainya mengikut keperluan individu. Diet tertumpu kepada kawalan kalori pemakanan yang diambil dan aktiviti bersenam atau sukan yang dilakukan secara fizikal. Walau bagaimanapun, tanpa disedari terdapat faktor-faktor lain yang sering membantu proses diet berlaku, antaranya ialah cara pemakanan secara perlahan.

​​​

Makan secara perlahan merupakan cara yang paling senang untuk individu turunkan berat badan. Ini kerana dengan cara pemakanan tersebut dapat meningkatkan rasa kenyang yang berpanjangan berbanding dengan cara makan cepat. Pada masa yang sama, makan cepat sebenarnya mengurangkan kenikmatan sesuatu makanan serta dapat menyebabkan kenaikan berat badan dan akhirnya menyumbang kepada masalah kesihatan yang lain. Menurut Perunding Pemakanan JoySayHeart, Syaza Lyana Idris, terdapat kajian yang menunjukkan individu yang mempunyai masalah berat badan mengunyah makanan tersebut kurang daripada individu yang mempunyai berat normal.

 

Manfaat cara makan perlahan yang menyebabkan berat badan turun kerana membantu individu makan dalam kuantiti yang kurang dan secara tidak langsung mengurangkan pemgambilan kalori. Keadaan ini disebabkan oleh usus yang mengeluarkan hormon selepas makan dan disampaikan kepada otak agar memberikan rasa kenyang dan mengurangkan selera makan untuk membuatkan individu berhenti makan. Manakala, makan terlalu cepat akan menyebabkan pengambilan kuantiti makanan secara berlebihan kerana otak tidak memperoleh masa yang cukup untuk menerima isyarat daripada otak. Ini kerana proses untuk otak menerima isyarat daripada hormon memerlukan sekurang-kurangnya 20 minit untuk meningkatkan horman kenyang.

 

Selain itu, makan secara perlahan turut memberikan manfaat kepada kesihatan dan meningkatkan kualiti kehidupan individu dengan cara membantu proses penghadaman, dapat meningkatkan penyerap nutrien dengan lebih baik, memberikan rasa tenang dan terkawal serta membantu mengurangkan tahap tekanan yang dihadapi. Oleh itu, pentingnya menikmati makanan kerana membantu individu makan perlahan dengan mengunyah secara teliti dan lebih lama sebelum menelan.

​

Walau bagaimanapun, bagi individu yang ingin mengubah cara pemakanan daripada cepat kepada perlahan memerlukan perubahan secara berperingkat untuk individu mendapatkan kebiasaan tingkah laku. Oleh itu, terdapat lapan tips mudah yang boleh diikuti untuk mendidik diri makan secara perlahan.

 

1. Elak Kelaparan Melampau

Kelaparan melampau perlu dielakan kerana dapat menyebabkan kesukaran untuk individu mengawal kelajuan ketika makan. Oleh itu, untuk mengelakan keadaan tersebut berlaku, individu dinasihati untuk tidak tinggalkan mana-mana waktu makan dan makan mengikut waktu yang sepatutnya. Keadaan ini dapat dikawal dengan sentiada menyimpan apa-apa jenis snek sihat sekiranya perlu.

 

2. Kunyah Lebih Lama

Kira berapa kali mengunyah berbanding kekerapan biasa mengunyah makanan. Kemudian, gandakan bilangan tersebut dan jangan terkejut sekiranya bilangan mengunyah kebiasaan selama ini sedikit. Individu dapat memperoleh kebiasaan tingkah laku sekiranya kerap menggira berapa kali kunyahan sebelum menelan. Contohnya, ingin mengunyah sebanyak 40 kali sebelum menelan seperti sunnah, individu boleh mengira sehingga cukup bilangan tersebut sebelum menelan.

 

3. Makan Makanan Yang Perlu Dikunyah

Individu perlu memilih dan mengfokuskan kepada jenis makanan berserat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang kerana memerlukan lebih banyak kunyahan sebelum menelan. Malah, makanan berserat juga sangat membantu dalam proses penurunan berat badan.

 

4. Minum Air Kosong

Individu disaran untuk mengambil banyak air minuman yang kosong atau minuman kosong kalori yang lain bersama-sama dengan makanan. Ini kerana dapat mencegah daripada makan secara berlebihan, mengurangkan pengambilan kalori serta membantu penghadaman dan menurunkan berat badan.

 

5. Guna Pemasa

Penggunaan pemasa bertujuan untuk mengawal kelajuan cara pemakanan individu, sama ada menggunakan jam atau telefon pintar. Individu boleh menetapkan pemasa untuk tempoh masa selama 20 minit. Sepanjang tempoh tersebut, individu perlulah makan secara perlahan dan konsisten sehabis baik untuk tidak menghabiskan makanan yang dimakan sebelum penggera berbunyi.

 

6. Padam Skrin

Perkara ini sangat penting untuk mendidik diri untuk makan secara perlahan kerana dapat membuatkan individu tidak fokus ketika makan dan tidak menikmati makanan tersebut sebaiknya. Oleh itu, elakan peranti elektronik seperti telefon pintar atau televisyen ketika makan yang akan menyebabkan individu makan secara cepat.

 

7. Tarik Nafas

Individu perlu menarik nafas panjang sekiranya sedar mula makan secara cepat. Menarik nafas akan membantu individu memfokuskan semula pada makanan yang dimakan untuk dinikmati dan kembali kepada landasan secara konsisten.

 

8. Sabar

Langkah-langkah ini perlu diamalkan secara sabar dan melakukannya secara berperingkat untuk mendapatkan kebiasaan tingkah laku. Perubahan dapat dicapai sekurang-kuranya 66 hari untuk tingkah laku baru menjadi kebiasaan.

 

9. Amalan makan secara perlahan mempunyai pelbagai mamfaat kepada pengamalnya dan sangat membantu dalam proses diet harian. Namun, bagi individu yang mengamalkan diet perlu mempertimbangkan makanan-makanan yang diambil dan seimbangkan dengan aktiviti fizikal. Oleh itu, kira kalori sebaik mungkin!​

photo_2020-11-10_08-51-18_edited.jpg

Penulis:

Norazmin Binti Marzuki

© 2020 SiHAT

bottom of page