top of page

Nanas bukan punca gugur! Ibu hamil perlu tahu

Sumber: Profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain, Pakar Obstetrik dan Ginekologi

Doctor.jpg

Kita acapkali disogok oleh dengan kata-kata nasihat daripada orang-orang lama bahawa sesuatu makanan yang bersifat ketajaman mampu menggugurkan kandungan. Ia sehinggakan menjadi igauan ngeri kepada ibu-ibu mengandung khususnya yang baru pertama kali merasai detik manis itu.

​


Namun, tidak semua jenis-jenis makanan yang disebutkan itu mampu menggugurkan kandungan diusia muda. Tidak sama sekali! SiHAT bawakan Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain untuk kongsikan kepada para pembaca yang disayangi mengenai beberapa maklumat yang perlu diketahui mengenai salah satu makanan yang dikatakan PUNCA GUGUR!


Nanas atau nama saintifiknya Annas Comosus merupakan tumbuhan tropical yang berasal daripada Brazil, Bolivia dan Paraguay. Rupanya yang tajam diluaran dan rasa yang seakan pisau meninggalkan kesan dalam bahagian mulut menguatkan tanggapan turun-temurun bahawa buah tersebut mendatangkan kesan buruk kepada masalah kesihatan terutamanya kepada golongan ibu mengandung.


Menurut Nik Hazlina, kandungan dalam nanas diperkatakan menganggu bayi dalam kandungan mahupun rahim sehingga menyebabkan berlakunya keguguran. Antara salah satu kompaun yang disyaki boleh menyebabkan keguguran tersebut adalah Bromelain. Bromelain dikatakan berkebolehan dalam menguraikan protein di dalam badan bayi dan berakhir dengan keguguran. Tambahan pula, masyarakat kita masih bertanggapan bahawa kandungan kompaun tersebut menguraikan protein pada bahagian serviks wanita sehingga melemahkan bahagian tersebut.


“Akan tetapi, tiada kajian saintifik pada masa ini yang menyatakan bahawa kandungan Bromelain dalam nanas boleh menyebabkan keguguran.” ujar beliau ketika ditemuramah oleh wartawan SiHAT.

 

Diakhir temu ramah, beliau menegaskan sekali lagi bahawa nanas tiada kaitan dengan keguguran kandungan kerana ia mempunyai tahap ketoksikan yang rendah. Jadi, kepada ibu-ibu hamil diluar sana, anda boleh memakan nanas tanpa keraguan. Namun, INGAT! Makan biarlah berpada, jangan terlampau banyak. Amalkan pengambilan dalam kuantiti yang sedikit. Biarlah ia sekadar memenuhi rasa mengidam sahaja.​

photo_2020-11-10_08-50-58.jpg

Penulis:

Farah Nadia

NANAS.jpg

© 2020 SiHAT

bottom of page