
Pesan
Ginekologi
Sumber: Profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hassan, Pakar Obstetrik dan Ginekologi USM
Mendambakan postur tubuh yang menarik semasa dan selepas kehamilan adalah idaman para ibu terutamanya selepas naik berat badan sebanyak 15 kg sepanjang proses kehamilan. Hal ini membuatkan para ibu di luar sana mengambil langkah dengan melakukan senaman terutamanya semasa kehamilan. Ini kerana perasaan takut dan risau akan kenaikan berat badan mendadak sehingga menimbulkan rasa kurang menarik untuk si suami. Tiada lagi postur badan yang mengiurkan jika tidak memulakan langkah. Namun begitu, menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hassan, ia haruslah mendapat khidmat nasihat pakar atau doktor yang menjaga semasa proses kehamilan anda.​
“Trimester pertama dan ketiga adalah tempoh dimana ibu hamil perlu mengehadkan aktiviti fizikal. Ini kerana bebanan yang dialami pada minggu pertama kehamilan boleh memberikan gangguan kepada janin kerana ia sangat kecil. Pembetukan plasenta masih belum cukup sempurna pembentukan”, jelasnya yang juga seorang penulis buku penjagaan kesihatan wanita selain mencipta kelainan dalam dunia penulisan novel.
Tambahnya, pada trimester ketiga, janin berada pada tahap persediaan yang dikaitkan dengan tingkah laku. Ibu hamil dinasihatkan untuk menetapkan kerangka masa optimum untuk jadual aktiviti harian kehamilan, iaitu pada empat hingga lima minggu pada trimester pertama dan sehingga 30 hingga 31 minggu pada trimester ketiga.
Senaman yang tidak digalakkan:
-Latihan yang melibatkan kedudukan luar perut seperti hyperextension terbalik, perengkuh perut papan. Kedudukan terlentang akan menghasilkan mampatan pada bahagian vena cava dan penurunan aliran darah ke rahim dan otak
-Squats an barbell pada bahu atau dada.
-Squats dengan melompat, lompat tali, lompat setempat, hayunan kaki ke atas dan ketepi
-Aktiviti kardiovaskular
Anda boleh melakukan aktiviti ini sekiranya mendapat kebenaran daripada pakar kerana aktiviti yang melampau dapat meningkatkan tahap kekurangan oksigen pada janin dan berupaya menyebabkan janin keguguran.​

Penulis:
Farah Nadia