top of page

Rahsia kekal sihat dan bertenaga walaupun umur mencecah 84 tahun!

Sumber: Seroji Yaakob

IMG20201210114759.jpg

Ramai yang sangka usia tua bermaksud kesihatan yang semakin merosot, minda yang kurang sihat, ingatan yang semakin teruk dan badan yang semakin lemah. Mana tidaknya, ramai dalam kalangan warga emas pada hari ini berdepan dengan pelbagai penyakit kronik.

 

Bagi Seroji Yaakob atau lebih dikenali sebagai Pak Ji yang dilahirkan pada tahun 1936, lain pula ceritanya. Beliau dianugerahkan Allah dengan umur yang panjang dan kesihatan yang memuaskan walaupun usianya mencecah 84 tahun.

 

Malah, beliau masih mampu melakukan kerja-kerja yang berat seperti menoreh getah, berkebun, meniaga dan sebagainya. Bukan itu sahaja, beliau juga mampu berjalan kaki setiap hari sejauh dua kilometer untuk ke kebunnya.

 

Berkongsi petua kehidupannya, warga emas yang memiliki tujuh orang anak itu mengakui pengambilan makanan sihat penting dalam pemakanan seharian supaya kekal sihat dan tidak didatangi penyakit kronik.

 

“Bagi saya, untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat perlulah bermula daripada pemakanan dan diikuti dengan senaman. Saya sentiasa mengambil ulam-ulaman seperti pegaga, ulam raja, kacang botol, jantung pisang, jering, petai, timun dan sebagainya.

 

“Seterusnya, saya hanya akan makan ikan yang direbus ataupun dibakar sahaja. Kemudian, diikuti dengan pengambilan madu bersama air suam pada setiap pagi kerana ianya mampu memberikan tenaga semula jadi dan dapat memberikan khasiat yang banyak kepada tubuh badan.  Saya juga tidak minum minuman berkarbonat”, kata Pak Ji.​

Fadilah

Penulis:

Nur Fadhilah Mohamad Sukri

© 2020 SiHAT

bottom of page