
Rakan-rakan di media sosial sumber inspirasi, gadis ni kongsikan pengalamannya menurunkan berat badan!
Sumber: Siti Aisyah Ayob
Siapa sangka posting-posting rakan sekeliling di media sosial dapat meningkatkan semangat seorang gadis yang bertekad menurunkan berat badannya. Apa tidaknya, seringkali melihat rakan-rakan lain menyiarkan gambar yang cantik dengan bentuk badan yang langsing di media sosial membuahkan perasaan gadis ini untuk menjadi cantik dan langsing seperti rakan lainnya.
​
Selalu tertanya-tanya, benarkah dirinya mampu mempunyai bentuk badan seperti rakan yang lain. Dengar cerita, gadis ini mampu menurunkan berat badannya sebanyak 47kg kerana mendapat inspirasi daripada rakan-rakan di media sosial.
Gadis yang dimaksudkan itu adalah Siti Aisyah Ayob, berusia 23 tahun yang berjaya menurunkan berat badannya hanya kerana mendapat inspirasi dari rakan-rakannya di media sosial. Beliau akhirnya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 47kg iaitu dari beratnya 120kg kepada 73kg dan pada tahun ini Aisyah berharap dapat mencapai sasarannya untuk mendapatkan berat 55kg.
“Pada waktu pagi, saya akan mengambil makanan yang berkarbohidrat seperti roti wholemeal ditambah dengan jem yang tanpa gula dan pada waktu petang, saya menggunakan kaedah suku-suku iaitu sukatan nasi putih yang sangat sedikit, tapi lebihkan dengan sayur-sayuran dan juga lauk makanan sama ada ayam, daging, ikan atau telur. Manakala, pada waktu malam, hanya makan sayur-sayuran atau buah-buahan sahaja sekiranya benar-benar lapar”, ujar Aisyah.

Penulis:
Nur Fadhilah Mohamad Sukri
