top of page
photo6325749823961148127.jpg

Resepi Masala 

Butter Paneer

Sumber: Abirami S.Raj Kumar

Screenshot 2021-01-09 at 2.54.42 PM.png

Bahan-bahan:
250 gram panner (keju asli India) – potong kiub dan digoreng
4 biji tomato (dicincang)
¼ cawan tomato puri
Air secukupnya
2 sudu besar halia (dicincang)
1@ 2 kulit kayu manis
5 biji buah pelaga hijau
7 biji bunga cengkih
2 helai daun bay
1 biji anis bintang (star anise)
1 sudu besar biji jintan
2 sudu besar biji ketumbar
½ sudu besar jintan manis
4 tangkai cili kering
3 tangkai cili hijau
¼ sudu kecil kunyit
1 sudu kecil asafoetida
½ cawan gajus
½ cawan badam
Garam secukup rasa
4 sudu besar mentega
2 sudu besar serbuk cili (ikut citarasa kepedasan)
1 sudu kecil serbuk jintan
1 ½ sudu kecil serbuk ketumbar
½ sudu kecil serbuk adas
½ sudu kecil garam masala
½ sudu kecil campuran masala (rujuk resepi diberi)
1 ½ sudu besar daun fenugreek kering (kasoori methi)
2 sudu besar krim

​

Cara-caranya

1. Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk di atas api yang perlahan.
2. Setelah minyak panas, masukkan jintan, biji ketumbar dan biji adas. Apabila jintan mula bertukar warna keperangan, masukkan bunga cengkih, bunga pelaga hijau, anis bintang, kayu manis dan daun bay.
3. Kacau seketika dan masukkan asafoetida dan kunyit.
4. Setelah itu, masukkan halia yang telah dicincang dalam beberapa saat sebelum memasukkan tomato, cili kering, cili, badam dan gajus. Kacau dan masukkan tomato puri serta garam.
5. Setelah itu, tambahkan ½ cawan air ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih selama 20 minit. Pastikan anda periksa setiap 5 minit dan tambah ¼ air setiap masa. Jika hendak sos tebal, kurangkan penggunaan air. Bergantung kepada citarasa masing-masing.

6. Selepas 20 minit, padamkan api.
7. Keluarkan bunga cengkih, pelaga hijau dan daun bay dan kisar hingga halus campuran tumisan tadi. Tambah air jika memerlukannya.
8. Dalam kuali anti-melekat (non-stick), cairkan mentega sebelum memasukkan serbuk cili. Pastikan api dalam keadaan sederhana dan elakkan daripada hangus.
9. Kemudian, masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk lalu kacau sehingga sebati.
10. Masukkan baki rempah selebihnya ke dalam periuk kecuali garam masala dan biarkan ia masak seketika dalam 30 saat.
11. Setelah itu, masukkan paneer, garam masala dan krim ke dalam periuk tersebut untuk beberapa saat sebelum menutup api.
12. Akhir sekali, hidangkan ia bersama nasi, roti naan atau capati.

​

SELAMAT MENCUBA!​

photo6325749823961148128.jpg
photo6325749823961148127.jpg
photo_2020-11-10_08-51-03.jpg

Penulis:

Sanglisha Kunasekaran

Farah

Olah bahasa:

Farah Nadia

© 2020 SiHAT

bottom of page