top of page

Karbonara ala Vegan

Sumber: Abirami S.Raj Kumar

Screenshot 2021-01-09 at 2.54.42 PM.png

Bahan-bahan:
Pasta (mengikut kesukaan masing-masing)
¼ cawan badam
¼ cawan gajus
½ cawan santan
1 ½ cawan air
½ sudu kecil asafoetida
½ sudu kecil serbuk ketumbar
½ sudu kecil garam masala
2 ½ sudu besar mentega vegan (jenama Earth Balance)
2 sudu besar tepung serbaguna
2 sudu besar Nutritional Yeast
3 sudu besar keju vegan (perisa salai jenama Violife) dicincang
¼ atau ½ sudu kecil lada hitam (pilihan)

​

Cara-caranya:
1. Masukkan air ke dalam periuk dan garam secukup rasa (1 atau 2 sudu makan), kemudian masukkan pasta dan rebus sehingga masak.
2. Setelah masak, simpan dalam secawan air rebusan pasta dan buang air selebihnya.
3. Rendamkan badam dan gajus dalam air yang mendidih selama 15 minit. Kemudian, kisarkan ia bersama 1 ½ cawan air sehingga ia benar-benar halus.
4. Cairkan mentega di dalam kuali anti-melekat (non-stick pan). Sebaik sahaja mentega cair, masukkan tepung dan kacau sehingga ia sebati. Masak sebentar dalam seminit dan pastikan campuran tepung dan mentega berwarna emas keperengan. Jika ia melekit, tambahkan sedikit mentega sehingga ia mendapat warna pilihan.
5. Sekarang, masukkan badam, gajus dan santan. Pukul bahan tersebut sehingga sebati dengan campuran tepung.Pukul dengan baik sehingga tidak kental.
6. Setelah beberapa minit memukul adunan, campuran akan pekat dan masukkan garam dan rempah. Gaul sehingga sebati dan masukkan yis dan keju.

7. Masukkan pasta dan kacau bersama air rebusan pasta yang disimpan tadi. Air rebusan itu dimasukkan sedikit demi sedikit untuk mengelakkan karbonara menjadi terlalu cair. Pastikan tekstur karbonara tidak terlalu tebal dan tidak terlalu cair.
8. Biarkan ia masak selama 2 minit dan siap untuk dihidangkan. Untuk hidangan karbonara yang lebih enak, anda boleh masukkan lebih keju dan sedikit lada sulah.

 

GANTIKAN!
Tiada mentega vegan, anda boleh menggunakan mentega biasa di pasaran. Gunakan parmesan sekiranya anda tidak menjumpai Nutritional Yeast di pasaran. Untuk vegan keju, anda boleh gunakan apa-apa sahaja keju tetapi tidak digalakkan menggunakan Mozarella.

photo6325749823961148125.jpg
photo_2020-11-10_08-51-03.jpg

Penulis:

Sanglisha Kunasekaran

Farah

Olah bahasa:

Farah Nadia

© 2020 SiHAT

bottom of page