
Senaman ibu hamil
Sumber: Farah Li Achidiat, Pelatih peribadi Chi Fitness
“Tahniah, Puan hamil tiga minggu”, kata-kata yang dinantikan-nantikan oleh para ibu di luar sana terutamanya pada pasangan baru sahaja mendirikan rumahtangga. Perasaan gembira yang tidak dapat digambarkan sebaik sahaja disahkan hamil. Dalam kegembiraan tersebut, pasti timbul rasa takut kenaikan berat badan mendadak disebabkan oleh nafsu makan yang dikatakan turut meningkat.
​​
Mungkin masyarakat melihat ia sebagai perkara biasa kerana berbadan dua. Namun, sebaliknya hanya seorang wanita hamil sahaja merasai perubahan tubuh badan yang mendadak. Jika dahulu sebelum berkahwin berat badannya 45 kg, namun sebaik sahaja hamil ia terus naik kepada 70kg dalam tempoh tiga bulan kehamilan. Ini pasti menimbulkan kerisauan dalam kalangan para ibu.
Oleh itu, SiHAT kongsikan kepada para ibu di luar sana akan beberapa langkah senaman yang boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tanpa mengira lokasi. Tetamu jemputan khas SiHAT dari Chi Fitness iaitu Farah Li Achidiat atau lebih mesra disapa ‘Farah’ sedia berkongsi kepada semua pembaca setia SiHAT untuk terus kekal sihat dan cergas sepanjang kehamilan.
Nasihat Farah kepada pembaca SiHAT, perbanyakkan meminum air putih sepanjang tempoh kehamilan. Ini akan memudahkan pengekalan tahap kesihatan dalam kalangan para ibu hamil. Ini tidak bermaksud ibu hamil tidak boleh meminum minuman manis, akan tetapi biarlah pada kadar sedikit jika hendak dibandingkan dengan air putih.
Tambah wanita yang bakal menyambut cahaya mata, pada bulan pertama dan kedua kehamilan, ibu hambil digalakkan melakukan aktiviti berjalan dan elakkan daripada melakukan senaman yang mempunyai kadar tenaga dan risiko yang tinggi seperti bebanan. “Pada bulan ketiga, anda boleh melakukan senaman sedikit demi sedikit mengikut kepada kemampuan tubuh badan”, jelasnya.​

Penulis:
Farah Nadia

Wartawan:
Sanglisha Kunasekaran
