
Tentang Kami










FARAH NADIA BINTI MUHAMMAD FAZLIE
Ketua Pengarang SiHAT
Ketua untuk segmen 'Wanita'
Emel: farahnadia798@gmail.com
NORAZMIN BINTI MARZUKI
Timbalan Ketua Pengarang
Ketua untuk segmen 'Menu Diet Seimbang'
Emel: norazmin47@gmail.com
SANGLISHA KUNASEKARAN
Ketua Media Sosial
Ketua untuk segmen 'Pelan Senaman', Pengarah 'Rancangan SiHAT' & Pengendali Webzine
Emel: sanglisha96@yahoo.com



NUR FADHILAH BINTI MOHAMAD SUKRI
Ketua Reka Bentuk & Kreatif
Ketua untuk segmen 'Inspirasi SiHAT''
Emel: nurfadhilah105@gmail.com
NUR ALWANI ZAFIRAH BINTI KHAIRUL
Ketua Pemasaran


SiHAT adalah majalah yang dihasilkan oleh pelajar Kewartawanan tahun akhir Universiti Sains Malaysia. Ia merupakan majalah yang khusus untuk keluarga di era digital ini untuk kekal sihat dan cergas, tanpa mengira usia & kebolehan fizikal.
Minda Pengarang
Tubuh Sihat Bahagia Seisi Keluarga
“Sihat bukan sahaja penting kepada diri sendiri, namun ia turut dimanfaatkan bersama keluarga. Tiada yang bernilai selain kesihatan bersama insan tersayang. Bagaimana hendak menjaga orang tersayang, jika kesihatan dan kecergasan diri tidak diberi perhatian?”
​
Salam sejahtera kepada semua pembaca majalah SiHAT. Alhamdullilah, saya berasa amat bergembira dan bahagia kerana dapat berkongsi perasaan bersama anda dalam edisi terbitan untuk bulan ini. Saya mulakan dengan kisah peribadi saya sendiri sebagai iktibar kepada anda.
​
Saya sememangnya boleh dikategorikan sebagai obes sejak kanak-kanak. Kawan-kawan seringkali memanggil saya dengan gelaran yang kurang manis didengari, namun saya masih tidak memperdulikan akan gelaran tersebut sehinggalah segalanya berubah apabila peristiwa mengejut hadir dalam hidup. Pada mulanya saya menganggap seseorang yang kurus ini tidak akan mengalami masalah kesihatan, namun segala tanggapan saya meleset sama sekali.
​
Selepas sahaja peristiwa tersebut berlaku, ia seolah-olah memberi tamparan hebat kepada saya untuk mengubah gaya hidup kearah yang lebih sihat. Sihat tidak bermasuk kelihatan cantik dengan rupa bentuk dan paras seseorang tetapi sebaliknya. Ini kerana bentuk fizikal seseorang tidak semestinya menunjukkan seseorang itu tiada masalah kesihatan yang serius seperti penyakit tiga serangkai (kencing manis, darah tinggi dan kencing manis) seperti yang dialami oleh seisi keluarga saya.
​
Apakah yang membuatkan saya mempunyai tanggapan sebegitu? Jawapannya, faktor pengambilan pemakanan seharian yang seimbang berupaya mempengaruhi tahap kesihatan kita. Tidak kiralah seandainya seseorang itu bertubuh gempal atau sebaliknya, jika kita tidak menjaga corak pemakanan dengan betul disamping terlibat aktif dalam kehidupan segalanya adalah tidak mustahil berlaku.
​
Tiada istilah lewat untuk kembali kepada corak pemakanan yang seimbang disamping aktif dalam rutin harian. Mungkin anda merasakan bahawa begitu sukar untuk mengubah tabiat pemakanan, namun pernahkan terlintas dibenak pemikiran anda untuk hidup bebas dari masalah kesihatan? Anda yang mengalami masalah buat pertama kalinya untuk mengubah gaya hidup insan tersayang, usah begitu risau dan terburu-buru.
​
Mudah bicara, bayi yang baru sahaja dilahirkan di dunia ini tidak mungkin terus berlari, bukan? Perlahan- lahan dalam setiap tindakan, anda pasti dapat mengubah gaya hidup sihat tanpa rasa kekok. Sebagai langkah permulaan, gantikan sebungkus nasi lemak dan secawan teh tarik kepada telur rebus atau sebiji epal bersama air suam. Sambil berusaha mengamalkan senaman harian, jangan lupa mengambil kira pengambilan kalori dalam corak pemakanan.
​
Moga dengan keluaran SiHAT pada kali ini dapat memberi inspirasi kepada anda dalam mencari jalan keluar. Dari SiHAT untuk kesihatan dan kecergasan bersama.