top of page

Tidak perlu berasa malu jika ingin berubah ke arah kebaikan, penagih yang telah pulih kongsi ceritanya!

Sumber: Mohd Nashwin Zain Md Nasir

IMG-20201212-WA0016.jpg

Mohd Nashwin Zain Md Nasir, 29 tahun adalah individu yang berjaya pulih daripada ketagihan dadah ( Beliau pernah berasa putus asa untuk berubah kerana tidak semuanya berjalan seperti yang dirancang. Tetapi beliau mengambilnya sebagai satu iktibar dan terus maju ke hadapan untuk berubah. Akhirnya, pada usia 26 tahun beliau telah berjaya pulih sepenuhnya daripada ketagihan dadah.

​

Menurut Nashwin, tip untuk menghilangkan ketagihan dadah adalah seseorang itu perlulah bersedia dan mempunyai niat untuk berubah. Lakukan apa sahaja untuk mendapatkan hidup anda, jiwa anda kembali. Sama ada anda maju dengan cepat atau perlahan, jangan berhenti. Sistem sokongan seperti keluarga, rakan, pasangan, pemimpin agama, profesional seperti doktor, kaunselor, siapa sahaja adalah penting untuk sentiasa mendapat sokongan. Kesihatan diri sendiri perlulah didahulukan. Barulah anda dapat menolong dan menyokong orang lain. Belajar mengatakan tidak kepada dadah. Sentiasa ingat bahawa anda tidak bersendirian. Yang paling penting, jika atau ketika anda memerlukan pertolongan, carilah orang yang boleh membawa anda ke jalan yang betul.

 

“Senaman juga merupakan hal yang penting dalam menghilangkan ketagihan itu. Setiap pagi saya akan berbasikal pegun (stationary cycling) selama 30 minit, berjalan kaki selama 15 minit dan melakukan latihan kekuatan di rumah (dumbbells). Manakala, setiap pagi pada  hujung minggu pula saya akan melakukan senaman High-intensity interval training (HIIT) selama 10 hingga 15 minit.

 

“Saya turut menitikberatkan soal pemakanan, kerana setelah saya berhenti mengambil dadah selera makan saya sangat tinggi dan ini telah menyebabkan berat badan semakin bertambah. Jadi, saya mengamalkan diet Intermittent Fasting (IF) dan kadang-kadang makan satu kali sehari sahaja”, ujar Nashwin.​

Fadilah

Penulis:

Nur Fadhilah Mohamad Sukri

© 2020 SiHAT

bottom of page